Anggota lembaga pengarah SPH Media Holdings, Encik Bahren Shaari telah berkunjung ke bilik berita akhbar Berita Harian pada 22 Januari.
Semasa lawatannya, Encik Bahren yang juga anggota Majlis Penasihat Presiden (CPA) serta mantan ketua pegawai eksekutif (CEO) Bank of Singapore, telah menerima taklimat mengenai usaha transformasi digital BH.





