BEIRUT: Kumpulan Hezbollah Lebanon telah menolak idea awal Washington untuk meredakan pertempuran sengit dengan Israel seperti mengundurkan anggotanya lebih jauh dari sempadan, tetapi tetap terbuka kepada diplomasi Amerika Syarikat untuk mengelakkan perang merebak, kata pegawai Lebanon.
Utusan Amerika, Encik Amos Hochstein, telah mengetuai usaha diplomatik untuk memulihkan keselamatan di sempadan Israel-Lebanon sedang wilayah yang lebih luas itu berada dalam bahaya...





