Kes S Iswaran tidak akan menjejas rancangan peralihan kepimpinan Parti Tindakan Rakyat (PAP), kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, yang turut menekankan pendekatan tegas PAP terhadap rasuah.
Bercakap kepada wartawan pada 18 Januari, Encik Wong menambah bahawa rancangan itu tetap berjalan lancar, dengan peralihan kepimpinan dijadualkan berlangsung sebelum pilihan raya umum seterusnya, yang harus diadakan sebelum November 2025 dan...





