Bank darah tali pusat swasta, Cordlife Group Limited (CGL) bakal menghantar kesemua sampel darah tali pusat untuk ujian selewat-lewatnya pada 18 Januari, dengan sampel daripada lima daripada enam tangki terjejas telah dihantar ke makmal pihak ketiga.
Syarikat yang berlesen itu memberi kenyataan ini di Bursa Singapura (SGX) pada 17 Januari, sambil meminta agar penghentian pelaburan sahamnya ditarik balik.





