JOHOR BAHRU: Sebanyak 37 firma pengangkutan utama dari seluruh dunia sudah menghantar Permintaan Maklumat (RFI) lengkap untuk projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, sekali gus membuktikan minat mereka terhadap pembangunan projek berkenaan.
Semua firma pengangkutan berkenaan menunjukkan komitmen tinggi dengan melengkapkan kertas cadangan awal itu dengan konsep menarik, termasuk penggunaan teknologi terkini, selain turut menyatakan kos keseluruhan projek...





