Penduduk Geylang kini berpeluang untuk mempertingkatkan rutin senaman mereka dengan program ‘Gerak Budaya Zumba’ yang diperkenalkan buat julung-julung kalinya pada 14 Januari di Wisma Geylang Serai.
Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, yang juga Anggota Parlimen GRC Marine Parade, Encik Mohd Fahmi Aliman, turut menghadiri pelancaran program itu bersama 66 peserta yang lain.





