Lulusan politeknik baru menikmati gaji lebih tinggi dan mempunyai prospek pekerjaan lebih baik pada 2023, menurut tinjauan yang dijalankan oleh lima politeknik di Singapura.
Dapatan Tinjauan Pekerjaan Siswazah (GES) yang didedahkan pada 12 Januari menunjukkan bahawa hampir 60 peratus lulusan politeknik memperoleh pekerjaan tetap sepenuh masa pada 2023, naik daripada 59 peratus pada 2022 dan kira-kira 58 peratus pada 2021.





