MIDDLESBROUGH: Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino melahirkan rasa kurang senangnya terhadap pasukannya yang tidak mampu merebut peluang jaringan dan akhirnya tewas mengejut dalam perlawanan pertama separuh akhir Piala Carabao 0-1 kepada Middlesbrough pada 9 Januari.
Hayden Hackney menjaringkan satu-satunya gol itu buat Middlesbrough yang bersaing dalam Liga Championship, berbanding pasukan Chelsea yang bermain dalam Liga Perdana England (EPL) dan dibarisi bintang...





