Sekitar 100 orang lelaki dan wanita yang memulakan hujung minggu dengan berhibur hati di sebuah kelab malam karaoke (KTV) di Geylang, terkejut apabila tempat itu diserbu pihak polis dan Biro Narkotik Pusat (CNB).
Sesetengah pengunjung kelihatan agak tidak tentu arah dengan suasana seakan pesta terpaksa dihentikan buat seketika.





