KUALA LUMPUR: Mengemukakan pelbagai bidaan tender melalui syarikat ‘berbeza’ dan menarik balik bidaan secara mengejut adalah antara taktik yang digunakan oleh perusahaan yang terlibat dalam kartel untuk menipu proses bidaan bagi tender projek kerajaan.
Ia antara taktik dikesan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), yang ketika ini sedang menyiasat 500 syarikat yang dipercayai terlibat amalan kartel merentasi pelbagai sektor untuk memanipulasi tawaran...





