TOKYO: Anak kapal pesawat jet penumpang Japan Airlines (JAL) mengambil masa 18 minit untuk mengeluarkan kesemua 367 penumpang dari pesawat tersebut dan memastikan mereka dalam keadaan selamat.
Pegawai di syarikat penerbangan kedua terbesar Jepun tersebut pada 3 Januari telah menyatakan bahawa kakitangannya mengikuti prosedur kecemasan seperti yang termaktub dalam buku panduan.





