LIVERPOOL: Dengan jangkaan jaringan tertinggi dalam sejarah Liga Perdana England (EPL) dan percubaan tepat pada sasaran tertinggi untuk musim ini, Liverpool menemui rentak permainan mereka dan menjelma sebagai pencabar trofi EPL utama.
Selepas musim pemindahan yang sibuk, apabila mereka terpaksa membina semula bahagian pertengahan dengan pemergian Fabinho dan Jordan Henderson, ini bermakna pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, tidak jangkakan bahawa pasukannya...





