Seorang lelaki maut dan seorang lagi dibawa ke hospital selepas van dinaiki mereka terbalik dalam satu kemalangan di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) pada pagi 31 Disember.
Polis menyatakan ia dimaklumkan sekitar 7.35 pagi mengenai satu kemalangan melibatkan sebuah van dan sebuah lori di PIE menuju ke Tuas selepas susur keluar Toh Guan Road, menurut The Straits Times (ST).





