JAKARTA: Perlumbaan legislatif pada Februari 2024 masih menjadi pertembungan antara Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) yang memerintah dengan saingan kuatnya, Parti Gerindra, yang telah menjalin hubungan lebih rapat dengan Presiden Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo.
Demikian yang ditunjukkan oleh tinjauan pendapat, ketika mereka bersaing untuk mendominasi Dewan Rakyat, selepas tempoh perkhidmatan Encik Jokowi tamat kelak.





