TUMPAT (Kelantan): Paras air yang memasuki kedai runcitnya sedalam hampir satu meter, tidak menghalang seorang peniaga di sini meneruskan perniagaannya ketika musim banjir ini demi memenuhi keperluan orang ramai.
Peniaga, Encik Mohd Noor Ismail, 35 tahun, berkata sejak 26 Disember, air memenuhi kawasan kampung dan parasnya semakin meningkat menyebabkan sekitar Kampung Kajang Sebidang, di Tumpat, Kelantan, umpama laut.





