Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah (MWTI) kini sedang giat berusaha menambah dana bagi menjadikan impian membina bangunan tambahan di sebelah bangunan sedia ada satu kenyataan.
Mudirah MWTI, Ustazah Masnia Nassim, berkata jumlah yang diperlukan ialah lebih $3 juta dalam masa setahun ini dan ia boleh dihulurkan dalam bentuk derma, infak, wakaf atau zakat.





