Hajat warga Singapura, Encik Abdul Rauf Mohd Said bersiar-siar bersama isteri, Cik Nur Aisyah Md Akbar, di Taman Simpanan Minnewaska di New York, Amerika Syarikat, bertukar menjadi tragedi setelah isterinya terjatuh dari tempat tinggi pada 22 Disember sehingga meragut nyawanya.
Dalam satu catatan Facebook pada 23 Disember, beliau menjelaskan Allahyarhamha Nur Aisyah, 39 tahun, tergelincir di tepi tebing lalu jatuh...





