Di tengah-tengah peningkatan kes Covid-19, Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, menekankan bahawa sistem penjagaan kesihatan Singapura pada masa ini mampu menyerap impak virus itu tanpa memerlukan langkah pencegahan yang dipertingkat.
Bercakap semasa pembukaan Hospital Woodlands Health pada 22 Disember, beliau menekankan daya tahan sistem penjagaan kesihatan Singapura meskipun kes Covid-19 kian meningkat.





