Projek Wahdah adalah manifestasi komitmen Persatuan Muhammadiyah terhadap perpaduan yang melangkaui sempadan masyarakat, menyatukan semua dalam semangat kebaikan dan kerjasama. “Projek Wahdah dianggap sebagai warisan untuk generasi mendatang, meneruskan misi murni yang diilhamkan oleh perintis dan pengasas kami. Menjadi hasrat kami menegakkan prinsip Muhammadiyah, menekankan pentingnya amar ma’ruf nahi munkar serta mengutamakan kebaikan,” jelas Setiausaha Umum Persatuan Muhammadiyah, Cik Roszanah...





