Lebih 100 permohonan sebagai pemandu bas telah diterima syarikat pengangkutan Westpoint Transit Pte Ltd setakat ini, menurut perangkaan daripada portal pekerjaan rasmi mycareersfuture.sg dan portal pekerjaan LinkedIn syarikat itu.
Ini setelah syarikat tersebut mengumumkan pada 11 Disember ia sedang mencari pemandu bas dan menawarkan gaji kasar bulanan berjumlah $5,000, di samping bonus tandatangan sebanyak $10,000 selepas menandatangani kontrak tiga tahun.





