Permintaan pekerja di Singapura secara keseluruhan terus menunjukkan tanda-tanda reda dengan jawatan kosong yang berkurangan walaupun sektor pertumbuhan seperti penjagaan kesihatan dan perkhidmatan kewangan membantu mendorong jumlah pekerjaan di sini.
Menurut data terkini dari Kementerian Tenaga Manusia (MOM) untuk suku ketiga 2023 yang dikeluarkan pada 14 Disember, terdapat sejumlah 78,400 kekosongan jawatan pada September 2023. Ini menandakan penurunan untuk suku...





