Sebagai pemain, penyerang Singapura, Shahril Ishak telah mencapai puncak kerjaya bola sepak profesionalnya apabila menjadi kapten pasukan negara dan memenangi tiga gelaran Kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF).
Beliau juga telah menjulang trofi kejuaraan Liga Super Malaysia pada 2013 bersama LionsXII, dengan pencapaian terakhir dalam kerjaya 19 tahunnya ialah Piala Singapura 2022 ketika beraksi untuk Hougang United.





