Menjalin kerjasama, bergotong-royong dan saling membantu adalah cara masyarakat Melayu/Islam di Singapura mengatasi cabaran, termasuk yang dijangka dihadapi pada 2024 seperti kos kehidupan yang meningkat serta masalah kesihatan yang bertambah dengan penduduk yang menua.
Pemimpin persatuan dan pertubuhan Melayu/Islam yang dihubungi Berita Minggu bagi mendengar harapan mereka untuk masyarakat bagi 2024 berkata mereka mahu melihat masyarakat kekal teguh bersatu dan...





