KLANG: Semua masjid dan surau di Selangor diminta menyediakan penyata kewangan tahunan beraudit untuk diperiksa dan disemak agar pengurusannya dilaksanakan dengan tatakelola yang cekap dan bebas ketirisan atau salah guna.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, mengarahkan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) untuk memastikan semua masjid dan surau mematuhi keperluan itu, sebagai langkah meningkatkan integriti dan kredibiliti pentadbiran mereka.





