Pasukan floorball wanita Singapura meneruskan rentak kemenangan mereka dalam Kejohanan Floorball Dunia (WFC) Wanita 2023 setelah menewaskan Australia 4-2 di OCBC Arena pada 3 Disember.
Kemenangan itu meletakkan Singapura di tangga kedua dengan empat mata selepas dua perlawanan dalam Kumpulan C.





