BALI: Kehadiran Tiko Aryawardhana diibarat membawa cahaya ke dalam hidup Bunga Citra Lestari (BCL) yang kegelapan selepas pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair, tiga tahun lalu.
Namun, pada hari bahagia menyaksikan BCL disatukan dengan Tiko, penyanyi popular itu mengaku luka atas pemergian Allahyarham Ashraf terus membekas dan tidak mungkin dilupakan hingga akhir hayat, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).





