GEORGETOWN (Pulau Pinang): Tiga pekerja binaan warga Bangladesh maut, dua cedera parah, manakala empat lagi belum ditemui dalam insiden runtuhan sebuah gudang logistik yang dalam pembinaan di Batu Maung, Bayan Lepas, Georgetown, Pulau Pinang, pada Selasa.
Dalam tragedi kira-kira 9.45 malam itu, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) yang mengetuai operasi mencari dan menyelamat mangsa mengesahkan terdapat 18 pekerja bertugas...





