Kumpulan Motor Hyundai terkenal dengan jenama kenderaannya namun pusat inovasi syarikat itu di Singapura bukan hanya berupaya mengeluarkan kenderaan bahkan boleh menghasilkan sehingga sembilan jenis sayur-sayuran.
Pusat Inovasi Kumpulan Hyundai Motor Singapura (HMGICS) baru yang terletak di Kawasan Inovasi Jurong mempunyai sebuah kebun bijak yang memanfaatkan teknologi robotik.





