JAKARTA: Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, telah membenarkan Menteri Pertahanan, Encik Prabowo Subianto, dan Menteri Penyelaras bagi Hal Ehwal Politik, Undang-Undang dan Keselamatan, Encik Mahfud MD, bercuti untuk berkempen bagi pilihan raya presiden, kata seorang pegawai tinggi pemerintah di sini.
“Presiden, melalui Menteri Setiausaha Negara, telah memberi kebenaran kepada mereka,” kata penyelaras staf khas presiden, Encik Ari Dwipayana, ketika bercakap...





