KLUANG: Luluh hati seorang ibu apabila anak lelakinya berusia lima tahun maut dalam satu kemalangan membabitkan kereta yang dipandu wanita itu sendiri di Jalan Selar Taman Ilham, Kluang, Johor, pada Isnin.
Nor Rahil Raihan Mohd Shahrul, yang juga orang kelainan upaya (OKU), disahkan meninggal dunia pada kira-kira 10 malam ketika mendapatkan rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang.





