KOTA BHARU: Seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan maut dinihari Isnin selepas kereta yang dinaiki bersama ibu bapanya terbakar selepas terlanggar sebuah tiang lampu di Kelantan, Malaysia.
Bayi tersebut, dikenal pasti sebagai Wan Sabeena Arisha Wan Shahril, ditemui rentung berhampiran kereta tersebut kata Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam satu kenyataan di Facebook pagi Isnin.





