Setelah terlepas memperoleh anugerah Pemain Terbaik Liga Perdana Singapura (SPL) 2022, penyerang Lion City Sailors, Maxime Lestienne, kembali menebus kekecewaan itu apabila muncul sebagai pemenang terbesar dalam Malam Anugerah Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) 2023.
Di majlis anugerah tahunan itu, yang diadakan di Orchard Hotel pada Khamis, Lestienne, 31 tahun, menggondol tiga anugerah menyusuli kecemerlangannya untuk musim 2023 SPL.





