KUALA LUMPUR: Setiap kali membaca laporan berita mengenai usaha Wisma Putra dan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membawa pulang mangsa sindiket penipuan pekerjaan di beberapa negara jiran, pasti timbul persoalan, mengapa begitu mudah mereka ditipu.
Sedangkan sudah banyak pendedahan dibuat Kementerian Luar termasuk melalui laman sosial mereka memaparkan sesi temu bual bersama bekas mangsa bagi memberi kesedaran kepada orang ramai...





