Kriteria kelayakan yang dianggap tidak telus bagi pencalonan anugerah Cerita Terbaik yang bakal disampaikan dalam Malam Anugerah Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) 2023 adalah “kesilapan manusia”, kata badan pentadbir bola sepak negara itu.
Bahkan, dua cerita tercalon bagi kategori itu telah ditarik balik dan digantikan dengan penyertaan yang mengikut kriteria awal yang ditetapkan, tambah FAS pada Selasa ketika menjawab pertanyaan...





