Raffles Town Club perlu mengosongkan premisnya di Plymouth Avenue apabila tempoh pajakannya tamat pada 17 Oktober 2026, dengan tapak itu dijangka digunakan untuk pembangunan kediaman.
Dalam satu kenyataan bersama pada Isnin, Penguasa Tanah Singapura (SLA) dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) berkata pembangunan semula tapak berhampiran stesen MRT Stevens itu akan menyokong permintaan perumahan pada masa hadapan.





