Sekitar setengah juta dolar telah diagih di bawah Dana Amanah Pendidikan (ETF) – Anugerah Dermasiswa Sekolah Rendah Merchant, memanfaatkan lebih 1,000 pelajar sejak ia ditubuhkan pada 2007.
Pada Ahad, seramai 97 pelajar sekolah rendah menerima $500 setiap seorang, dalam penyampaian anugerah tersebut yang diadakan di Safra Toa Payoh.





