Sebuah usaha dipertingkat bagi memperkasa dan meningkatkan keluarga ComLink yang tinggal di flat sewa awam telah diumumkan pada Isnin oleh Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.
Dinamakan ComLink+, inisiatif baru itu menyasar membantu keluarga membiayai kos menghantar anak mereka ke prasekolah, menggalak mereka untuk terus bekerja, membantu mereka melunaskan hutang serta membantu mereka menjimat untuk memiliki...





