JAKARTA: Sekurang-kurangnya 11 orang dilaporkan terbunuh apabila sebuah kereta api bertembung dengan sebuah bas mini di Jawa Timur.
Kereta api itu dalam perjalanan ke bandar pelabuhan Surabaya apabila melanggar sebuah bas mini yang membawa sedozen penumpang di lintasan di bandar Lumajang Jawa Timur, kira-kira 8 malam WIB (9 malam waktu Singapura), lapor penyiar, Kompas TV.





