Walaupun dilanda radang peti suara dan perlu menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi kerana hilang suara emasnya awal minggu ini, bintang All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Jaclyn Victor, 44 tahun, tidak mudah patah semangat.
Berbekal suntikan tenaga positif daripada rakan duetnya, juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, 30 tahun, Jaclyn berjaya dinobatkan sebagai juara Konsert Minggu Kesembilan ASGV.





