Semasa Sesi Tergempar Ke-10 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada 27 Oktober lalu, Singapura mengundi menyokong resolusi yang menggesa “gencatan senjata kemanusiaan segera yang membawa kepada pemberhentian pertempuran” dan mengutuk keganasan terhadap kedua-dua orang awam Palestin dan Israel.
Israel tidak mengendahkan resolusi itu. Ia telah menggugurkan lebih 25,000 tan bahan letupan di Jaluran Gaza dan mengerahkan ribuan askar dan...





