PUTRAJAYA: Seorang rakyat Malaysia, Encik Mohd Hatta Sanuri, gagal dalam usaha mengembalikan semula samannya berhubung penarikan balik permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung tuntutan Pedra Branca.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail sebulat suara menolak rayuan Encik Hatta selepas mendapati perayu tidak mempunyai ‘locus standi’ (hak di sisi undang-undang) untuk membawa tindakan...





