BARCELONA: Bekas pemain pertahanan Brazil dan Barcelona, Dani Alves, akan dibicarakan di Sepanyol atas dakwaan serangan seksual.
Alves, 40 tahun, dipenjarakan tanpa ikat jamin sejak 20 Januari lalu selepas ditahan atas dakwaan menyerang seorang wanita di sebuah kelab malam di Barcelona pada Disember 2022.





