Seorang penunggang motosikal yang menemui ajal bersama anak yang diboncengnya dalam satu nahas di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) pada Sabtu, bakal menerima seorang lagi cahaya mata pada bulan depan, kata adik mangsa Encik Farooq Abdul Halim kepada Berita Harian (BH).
Allahyarham Muhammadhu Abdul Halim, seorang penasihat kewangan berusia 39 tahun, dan anak sulungnya Allahyarham Muhammad Zaahir Muhammadhu, sembilan tahun, terkorban...





