Industri teknologi perubatan dan biofarmaseutikal di Singapura akan terus menjadi ‘titik terang’ dalam masa depan ekonomi negara dan akan terus berkembang, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.
Beliau menjelaskan ada dua sebab utama mengapa industri tersebut akan terus tumbuh – pertama, terdapat dorongan kuat berikutan pandemik Covid-19; dan kedua, Singapura akan terus membina kekuatan dan daya saing tradisionalnya.





