Meskipun sudah sembilan tahun bekerja dengan Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS), beliau tanpa jemu membantu pesalah menuju ke arah pemulihan dan pulang ke pangkuan masyarakat. Banyak kisah pesalah yang menyentuh hati telah disaksikannya sendiri, dan semangat Encik Muhammad Sadiq Saad terus membara untuk meneruskan misi itu.
Dalam peranannya sebagai Penolong Superintendan Penjara, Encik Muhammad Sadiq memupuk semangat bekerjasama dengan rakan kongsi...





