Konflik Israel-Hamas telah menyebabkan ketegangan di kalangan pemimpin agama di luar negara tetapi keadaan di Singapura berbeza, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam.
Ketika berucap pada Rabu di satu tayangan dokumentari anjuran Pertubuhan Antara Agama (IRO) di One Raffles Quay, Encik Shanmugam berkata, ini disebabkan bimbingan diberikan pemimpin agama Singapura, memetik bimbingan Mufti Dr Nazirudin Mohd...





