Persatuan Guaman Singapura diarahkan untuk membayar balik kos guaman lebih $32,000 kepada Anggota Parlimen (AP) dan peguam, Encik Christopher de Souza, menyusul pembebasannya atas tuduhan salah laku profesional.
Encik de Souza membayar Persatuan Guaman selepas tribunal tatatertib mendapatinya bersalah pada 2022 kerana membantu anak guam menyekat bukti bahawa ia telah melanggar akujanji untuk tidak menggunakan dokumen tertentu.





