MUAR: Entah apa gelaran yang wajar diberi buat seorang bapa yang didakwa atas 34 tuduhan merogol dan mencabul tiga anak kandungnya hingga seorang daripada mereka hamil tujuh bulan.
Lelaki berusia 41 tahun itu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Muar, Johor, pada Rabu atas tuduhan rogol dan cabul anak kandungnya, bagaimanapun hanya mengaku salah terhadap 27 tuduhan.





