PORTO: Pemain pertahanan Portugal, Pepe, menjadi penjaring gol tertua dalam sejarah Liga Juara-Juara apabila tandukan lewatnya membantu FC Porto menewaskan Royal Antwerp dalam perlawanan Kumpulan H pada Rabu.
Pepe, yang berusia 40 tahun dan 254 hari, menjaringkan gol kedua pasukannya itu pada minit ke-91, sekali gus menjadi pemain pertama berusia lebih 40 tahun menjaringkan gol dalam pertandingan bola sepak Eropah.





