Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, akan mengadakan satu lawatan kerja ke Algiers, Algeria pada 7 dan 8 November, serta Kahirah, Mesir mulai 9 hingga 11 November.
Lawatan Dr Maliki itu akan mengesahkan hubungan mesra dan berpanjangan antara kededua negara, menurut satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Isnin.





